nur

Thursday, 2 February 2012

stress, tension, boring.... ialah toksik baru untuk jiwa manusia moden yang meremehkan kekuasaan Allah. Cari semula pangkal jalan dan tujuan hidup. Tanyakan semula apa yang aku cari dengan hidup yang singkat ini. Ingat kata Imam Syafi, " Peredaran masa ialah suatu yang aneh...tetapi lebih aneh manusia yang melengahkannya."
Stres ialah reaksi tabii tubuh badan kita terhadap rangsangan fizikal dan emosi. Oleh sebab itu, stress adalah fitrah manusia. Maksudnya, stres ialah keadaan yang pasti berlaku dalam diri manusia. 
Stres bukan untuk dihapus, tetapi untuk diurus. Tanda kesempurnaan manusia ialah apabila dia tidak sempurna. Dan stres antara bukti manusia tidak sempurna. Oleh sebab itu, dalam beberapa keadaan manusia memerlukan stres.  Sedikit stres diperlukan untuk menghasilkan kerja yang berkualiti dan produktif. Namun jangan berlebihan, ia akan menyebabkan pelbagai masalah.