Stres ialah reaksi tabii tubuh badan kita terhadap rangsangan fizikal dan emosi. Oleh sebab itu, stress adalah fitrah manusia. Maksudnya, stres ialah keadaan yang pasti berlaku dalam diri manusia.
Stres bukan untuk dihapus, tetapi untuk diurus. Tanda kesempurnaan manusia ialah apabila dia tidak sempurna. Dan stres antara bukti manusia tidak sempurna. Oleh sebab itu, dalam beberapa keadaan manusia memerlukan stres. Sedikit stres diperlukan untuk menghasilkan kerja yang berkualiti dan produktif. Namun jangan berlebihan, ia akan menyebabkan pelbagai masalah.
No comments:
Post a Comment